Selasa, 6 Januari 2009

Selamat kembali ke sekolah

Hari pertama persekolahan.

Pelajar tahun satu perlu menduduki ujian diagnostik untuk menilai kemahiran 2M (membaca + menulis)...baru masuk sekolah dah kena menduduki peperiksaan...makin though sistem pendidikan sekarang. Apapun tahniah kepada Irfan kerana dah masuk darjah satu dan ditempatkan dalam kelas yang dia cita-citakan seperti kakaknya.Belajar rajin-rajin ye sayang.



Jadual pelajar tahun satu :
7:45 - 1.40 : Sekolah kebangsaan
2.30 - 6.15 : Sekolah Agama
7.30 - 8.30 : Kelas mengaji
9.00 - 10.00 : Homework
10.00 - 6.00 : zzzzzzzzzzz
Kesian kat mereka ni. Semoga mereka diberi kesihatan yang baik dan dibukakan minda untuk menerima pelajaran di rumah dan di sekolah.