Sabtu, 28 Februari 2009

Tanah

Orang yang ada tanah, tak mahu nak usahakan. Orang yang tak ada tanah pula merancang macam-macam projek yang boleh dilakukan. Macam Mat Jenin duduk bawah pokok kelapa berangan segala macam benda yang indah-indah. Apapun setiap impian bermula dari angan-angan. Sekarang ni semua orang berlumba-lumba nak teroka bidang pertanian dan tanah merupakan aset penting. Jom jalan-jalan tengok tanah yang boleh dibeli!

Bahagian tanah yang hendah dijual - sebelah kiri yang berhutan tu.

Ini bahagian tanah yang telah diratakan. Dah ada orang yang punya.

Yang ini pun sama....diambil dari sudut lain saje.

Lokasi : 5 minit dari Pekan ............, 20 minit dari Kolej RISDA dan 40 minit dari Taman Paya Rumput Indah Melaka

Keluasan : 6 ekar

Harga : RM165,000

Status : Pertanian

Rezab : Tak tanya lagi

Jumaat, 27 Februari 2009

Tutorial Asas Blog

Apakah itu blog?
Blog adalah diari peribadi, catatan harian, ruang usaha sama, tempat berucap politik, saluran berita tergempar, koleksi pautan, fikiran peribadi anda atau memo untuk dunia. Blog anda adalah apa sahaja yang anda mahu jadikannya. Blog memberikan anda ruang untuk bersuara dalam web. Ia merupakan tempat mengumpul dan berkongsi perkara yang anda rasa menarik sama ada ia ulasan politik anda, diari peribadi, atau pautan kepada laman web yang anda ingin ingati.

Bagaimana membuat BLOG?
Blog yang akan dibangunkan ini merupakan produk yang dimiliki oleh Google iaitu Blogger.com. Terdapat 3 proses utama dalam membina blog. Langkah 1 iaitu mendaftar akaun emel Google. Langkah ke 2 mendaftar akaun blog Google seterusnya langkah ke 3 menghantar posting, dan membuat basic setting.

Langkah 1 : Mendaftar akaun emel Google.
Setiap pengguna baru mestilah memiliki akaun email dari Google terlebih dahulu dan pendaftaran adalah percuma. Sila ikuti langkah-langkah berikut.

1. Daftar emel Google. Klik pada alamat ini à http://mail.google.com/ .
2. Tetingkap berikut akan dipaparkan.

3. Sila Klik pada Sign up for Gmail. Lengkapkan borang pendaftaran dan akhiri dengan klik I accept. Create my account seperti di bawah.

Tahniah. Anda baru sahaja mendapatkan akaun emel Google. Untuk login ke akaun emel Google anda, pergi ke http://www.mail.google.com/ dan masukkan username dan password yang telah didaftarkan tadi.


Langkah 2 : Mendaftar akaun blog Google
Setelah berjaya mendaftar emel Google, kini ikuti langkah seterusnya untuk mendaftar akaun BLOG anda pula.

1. Pergi ke http://www.blogger.com/ dan klik pada CREATE YOUR BLOG NOW seperti yang ditunjukkan dalam paparan di bawah.

2. Anda akan dibawa kepada paparan berikut. Sila tandakan √ pada petak empat segi kecil berlabel I accept the Terms & Service diikuti klik pada anak panah berlabel CONTINUE.



3. Tetingkap berikut pula akan dipaparkan. Ia bertujuan untuk memberikan tajuk kepada blog anda. Ianya boleh diubah lagi kemudian. Lengkapkan dan klik anak panah berlabel CONTINUE.


4. Seterusnya anda akan dibawa ke paparan pemilihan template. Pilih template yang sesuai mengikut citarasa anda dan klik CONTINUE.


5. Jika proses pendaftaran akaun blog anda berjaya, maka satu tetingkap seperti berikut akan dipaparkan. Tahniah kerana anda telah memiliki satu akaun blog Google.



Langkah 3 : Menghantar posting dan membuat basic setting

6. Anda boleh mula menghantar post dengan klik anak panah berlabel START BLOGGING. Seterusnya tetingkap berikut akan dipaparkan.


7. Sila masukkan tajuk artikel pertama anda pada Title: dan tuliskan sebarang maklumat yang ingin dikongsikan pada ruang yang disediakan seterusnya klik PUBLISH POST untuk menyimpan dan memaparkan blog anda. Tetingkap berikut akan dipaparkan. Jika klik pada SAVE NOW, blog hanya disimpan sebagai draft dan tidak akan dipaparkan.



8. Untuk melihat paparan blog anda, sila klik View Blog. Ini adalah paparan posting anda yang pertama.


Diharapkan tutorial asas ini dapat membantu anda menghasilkan BLOG sendiri. Selamat mencuba.

Isnin, 23 Februari 2009

Renungan kepada yang mencari pasangan hidup

Tidak perlu mencari teman secantik BALQIS
Andai diri tak sehebat SULAIMAN
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF
Jika kasih tak setulus Zulaikha
Tak perlu mengharap teman seteguh IBRAHIM
Andai diri tak sekuat SITI HAJAR
Dan mengapa didambakan teman hidup sesempurna MUHAMMAD SAW
Jika ada keburukan pada diri
Tidak ada manusia yang bersifat sempurna
Sekiranya kita didampingi seseorang
Terimalah kekurangannya sebagai keunikan
Carilah kebaikan pada dirinya
Dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengan dirinya

Jumaat, 20 Februari 2009

To all my student - Good Luck 4 this coming TEST

Just 2 remind u...minggu depan (23/2- 28/2/2009) adalah minggu ujian 1. Pesanan saya untuk semua student, hujung minggu ni, buat la revision 4 your test. Saya dah bagi segala input yang sepatutnya saya bagi dan sekarang ni adalah tugas awak sume untuk keluarkan outputnya through the test. Ingat ya..Tuhan sentiasa bersama-sama dengan orang yang berusaha. Tak kiralah macam mana susahpun paper tu, tapi kalau seawalnya dah berusaha, sekurang-kurangnya lulus pasti dalam tangan...InsyaAllah.
Untuk student SSK3, tolong lah serius sikit ye expecially Ikhtiarudin. Korang bukannya ramai sangat. Belajar la sama-sama, yang pandai ajarkanlah yang agak lemah, ok. Untuk anak PA saya iaitu pelajar SSK2, majoriti antara kamu lemah dalam subjek saya. Ini terbukti melalui pre TEST 1 yang saya buat sebelum ini. Tolong review semulala latihan-latihan yang saya pernah bagi sebelum ini. Bagi pelajar-pelajar DSK1 & DSK 4, review balik soalan-soalan past semester, InsyaAllah ia akan memudah kamu untuk menjawab soalan yang sebenar nanti. Lastly, to all student Kolej RISDA...wish u all the best, ok.