Khamis, 12 Mac 2009

Bagaimana download dokumen daripada scribd.com

Tutorial 6 : Bagaimana download dokumen daripada scribd.com
Reminder : Pengguna perlu login ke SCRIBD.com sebelum dibenarkan untuk downnload sebarang kandungan di dalam laman ini. Bagi pengguna yang pertama kali masuk ke SCRIBD.com, perlu SIGN UP terlebih dahulu.

Terdapat 2 cara pengguna boleh download dokumen anda.

Cara 1 : Butang DOWNLOAD

1. Klik pada butang Download. Sekiranya butang Download tidak kelihatan, itu bermakna penulisnya tidak membenarkan dokumen berkenaan didownload oleh pengguna lain.

2. Seterusnya klik format dokumen yang anda mahu.

3. Untuk meneruskan proses download, pengguna perlu sign in untuk memastikan pengguna yang berdaftar sahaja yang boleh menggunakan perkhidmatan SCRIBD.com.


Cara 2 :Save Documents

1. Klik pada butang More dan klik Save Document. Sekiranya butang Save Document kabur, ini menandakan penulis tidak membenarkan dokumen ini di Save oleh pengguna lain.


Dokumen dalam SCRIBD.com juga boleh dicetak terus tanpa perlu save atau download terlebih dahulu. Caranya, klik pada More--> Print.

_________________________________________________________

Bagaimana untuk setting dokumen dalam SCRIBD.com.

Tidak membenarkan pengguna lain download dokumen anda

1. Login ke SCRIBD.com


2. Klik My Docs --> tandakan √ pada dokumen yang dikehendaki --> More action --> pilih Disabled Downloads --> klik butang Apply.

_________________________________________________________

Menghadkan supaya dokumen hanya boleh didownload dalam format PDF sahaja, word sahaja atau rich text sahaja.

Secara default SCRIBD membenarkan dokumen anda di download oleh pengguna lain dalam format asalnya. Walaubagaimanapun anda boleh setkan format apa yang anda benarkan pengguna lain untuk download dokumen anda. Ikuti langkah berikut:

i. Login ke SCRIBD.com
ii. Klik My Docs --> tandakan √ pada dokumen yang dikehendaki --> Edit.


iii. Tetingkap berikut dipaparkan. Tandakan . pada Allow users to download as a. Anda tentukan format yang anda benarkan samada format Microsoft Word document, Plain text file dan PDF download. Akhir sekali jangan lupa klik butang SAVE.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Please leave your comment