Jumaat, 6 Mac 2009

MP3

Mungkin ada di antara anda berminat untuk mengetahui bagaimana untuk memasang lagu MP3 ke dalam blog anda. Sila ikuti langkah-langkah mudah ini.

Tutorial 4 : Bagaimana memasang lagu MP3 ke blog anda.

1. Pergi ke http://www.songhere.com/ (Ada banyak lagi laman web yang menyediakan kemudahan untuk download lagu dan ini adalah cadangan sahaja)

2. Untuk pengguna yang telah berdaftar, sila masukkan username dan password manakala bagi pengguna baru, sila klik butang Sign Up dan tetingkap berikut dipaparkan.

3. Masukkan maklumat yang diperlukan. Tandakan pada petak empat segi kecil di bawahnya dan klik butang Sign Up. Sekiranya pendaftaran anda berjaya, bahagian atas kiri tetingkap anda akan memaparkan “Hello username anda”. Ianya seperti di bawah.
4. Masukkan nama penyanyi dan tandakan pada bahagian playlist seterusnya klik butang Search seperti berikut.

5. Beberapa senarai lagu yang berkenaan akan dipaparkan dan klik lagu yang menjadi pilihan.

6. Tetingkap berikut akan dipaparkan dan copy URL.

7. Paste kod tadi ke aplikasi WORD atau NOTEPAD. Login ke blog anda seperti biasa. Pergi ke bahagian Layout --> Add a Gadget --> HTML/JavaScript seterusnya paste kod tadi di ruangan yang disediakan.

Sekarang, setiap kali anda membuka blog anda, secara otomatik lagu tadi akan berkumandang selagi anda tidak sign out dari blog anda. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Please leave your comment