Scribd.com merupakan satu tapak website di mana kita boleh meletakkan fail atau dokumen dalam pelbagai format seperti PDF, word, powerpoint dll supaya ia boleh dikongsi dan dicapai oleh orang lain. Misalnya dalam persekitaran akademik Kolej RISDA, para pensyarah boleh upload nota, kuiz, latihan, tugasan atau slide pembelajaran di scribd.com supaya ia boleh dicapai oleh para pelajar. Secara tidak langsung ia dapat menggalakkan penggunaan IT di kalangan pelajar malah dapat juga menjimatkan penggunaan sumber seperti kertas. Berikut adalah langkah-langkah untuk upload dokumen ke scribd.com
Tutorial 1 : Mendaftar akaun scribd.com.
1. Lawat
http://www.scribd.com/ .

2. Bagi pengguna yang telah mendaftar dan ingin melihat dokumen mereka, sila klik
Log in manakala bagi pengguna baru, sila klik
Sign Up dan tetingkap berikut akan dipaparkan. Lengkapkan butiran yang diperlukan dan akhiri dengan klik butang
Sign Up.

3. Seterusnya pengguna akan dibawa ke tetingkap bertajuk
Tell Us Yourself. Anda boleh samada lengkapkan butiran yang dikehendaki atau anda boleh juga abaikannya dengan klik pada
Skip.

4. Tetingkap berikut akan dipaparkan menandakan pendafataran anda berjaya.

5. Tahniah kerana anda telah berjaya mendapatkan akaun scribd.com dan anda boleh mula upload dokumen anda.
Tutorial 2 : Bagaimana untuk upload dokumen ke scribd.com.
1. Log in ke
http://www.scribd.com/ dan klik butang butang
Upload .

2. Tetingkap berikut akan dipaparkan. Klik
Clik to Choose Files.

3. Pilih fail di dalam komputer anda untuk diuploadkan ke scribd.com dan klik
Open.

4. Tetingkap berikut akan dipaparkan dan klik butang
Upload Docs. Tunggu sementara dokumen anda diupload.

5. Tetingkap berikut akan dipaparkan sekiranya proses upload dokumen anda berjaya.

6. Seterusnya anda akan dibawa ke tetingkap
Describe Your Documents. Masukkan maklumat yang dikehendaki dan klik butang
SAVE atau anda boleh abaikan sahaja bahagian ini dengan klik
Skip to My Docs.

7. Anda boleh meletakkan badge bagi dokumen anda pada blog atau website untuk membolehkan pengguna lain membuat capaian ke atas dokumen anda. Sesiapa yang mengunjungi blog atau website anda boleh klik pada badge ini untuk mencapai dokumen anda. Ikuti langkah ringkas ini.
i. Pada page My Docs, klik pada
GET YOUR SCRIBD BADGES.

ii. Pilih badge yang sesuai dan klik
Copy seterusnya paste pada blog atau website anda.

Kini anda boleh berkongsi dokumen anda dengan sesiapa sahaja. Ikuti tutorial saya yang seterusnya bagaimana untuk menguruskan folder di scribd.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Please leave your comment